Hai, adik-adik........hari ini, kita akan belajar bagaimana membina sifir 5. Sifir 5 merupakan sifir yang amat mudah kerana hanya nombor 0 dan 5 sahaja yang berada di rumah sa. Adik-adik sudah mengenali nilai tempat sa dan puluhkan? Baiklah, mari kita membina sifir 5 dengan menyusun nombor sahaja
Susunkan angka 5 dan 0 secara berselang seperti di bawah :-
5 0 5 0 5 0 5 0 5 0
Kemudian, letakkan angka 0 – 5 di hadapan susunan angka 0 dan 5 seperti di bawah :-
05 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Usaha tangga kejayaan. Yang sukar akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.
SELAMAT MENCUBA..